Wednesday, 15 May 2013

IDAHAN


Idahan (Idahan, Idaan, Ida'an, Eraan, Begahak) adalah satu etnik pribumi yang terdapat di Sabah dan menetap di sekitar daerah Lahad Datu di persisiran timur SabahMalaysia. Populasi semasa dianggarkan sekitar 6,000 (1987 est), tetapi terdapat bukti mereka pernah menduduki kawasan lebih luas sepanjang persisiran timur Sabah berbanding masa kini. Sebahagian besar orang Idahan adalah muslim, tetapi sebahagian kecil serpihan suku kaum yang dikenali sebagai Dusun Begahak / Dusun Tungku (populasi sekitar 1,500 pada 1987) kekal animist.
Selama beberapa abad, mereka memiliki hak esklusif bagi mengumpulkan sarang burung layang-layang di dalam gua batu kapur kawasan tersebut, terutamanya Gua Madai. Selama beberapa abad ethnik Idahan telah memiliki mekanisma sosial berasaskan sedarah, bagi mengawal capaian bermusim ke kamar batu yang memiliki sarang burung layang-layang, dan bergilir hak menuai antara pelbagai ahli suku kaum. Sebagai ethnik minoriti, Idahan beroperasi sebagai kumpulan korporate berkait rapat berkait dengan aktiviti menuai sarang burung layang-layang. Sistem pengagihan turut memastikan hubungan rapat di kalangan ethnik Idahan. Keuntungan tunggal tuaian yang diwarisi hanya dapat dikekalkan oleh mereka selagi mereka berkerjasama sebagai satu unit ekonomi dan masyarakat kerjasama.


Borneo Paradise

Borneo Paradise salah satu tempat pelancongan yang terletak 45 KM dari Bandar Lahad Datu, malahan terdapat juga beberapa penginapan yang disediakan untuk pengunjung yang datang.





Menara Kayangan


Menara Kayangan yang terletak di Lembah Danum lebih kurang dalam 20KM dari Bandar Lahad Datu





Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013


Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 mengaitkan kepada insiden diplomatik yang berlaku di antara Malaysia danFilipina sejurus selepas 235 orang Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kg. Tanduo, Daerah Lahad Datu,Sabah pada 11 Februari 2013.[3] Kumpulan tersebut yang menggelarkan diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara,[1] telah dihantar oleh Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang dari pihak-pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu. Kiram menyatakan bahawa matlamat mereka adalah untuk menuntut kembali wilayah mereka di bahagian timur Sabah (bekas Borneo Utara) yang masih tidak dapat diselesaikan.[2]
Pasukan-pasukan keselamatan Malaysia sudah mengepung Kampung Tanduo di Lahad Datu yang menjadi tempat mereka berkumpul, manakala perundingan secara aman masih lagi dilakukan.